suria

Hilang 5 hari, pelakon porno umur 24 tahun ditemui mati... rakan dalam industri tangisi pemergian

Selain jiran-jiran, rakan dalam industri turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian itu.

MISTERI kehilangan Angelina Please selama lima hari akhirnya terjawab apabila dia ditemukan mati pada Isnin lalu.

Mayat pelakon filem lucah lucah berusia 24 tahun itu dijumpai di sebuah rumah di Las Vegas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dua bulan hilang, detektif haiwan temukan semula anjing dengan tuan

Setakat ini, polis berkata pihak mereka tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kes kematian tersebut.

Selain jiran-jiran, rakan dalam industri turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian itu.

Malah, rata-rata kenalan mengakui terkejut selepas menerima perkhabaran kematian itu.

"Saya pergi periksa rumah kawan saya selepas dia hilang, saya dapati dia dah meninggal dunia. Salah seorang kawan baik saya. Jiran saya. Orang yang selalu bergosip dengan saya.

"Dia baru 24 tahun. Bersemadi dengan aman sayang," ujar jirannya.

Di sebalik dunia gelap yang diceburinya, Angelina cukup disenangi kerana sikap baiknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain