suria

Tak layak jadi ibu! Wanita kening besar kecewa sikap netizen - “Kening tidak menentukan seseorang ibu yang baik atau tidak”

Sammie-Jo bersama anaknya.

SEORANG wanita dikatakan tidak layak menjadi ibu kerana memiliki kening terbesar di Britain.

Difahamkan, Sammie-Jo Hailford mempunyai kening besar selepas dia melukisnya selama hampir setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu perkauman! Warga Afrika dakwa tidak dapat melepasi sempadan Poland

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya guna vakum, potret Mona Lisa atas permaidani siap dalam tempoh 20 minit

Menurut wanita dari Grimsby itu, orang ramai yang menemuinya sering mengatakan dia tidak sepatutnya menjadi ibu selain mahu melaporkan perkara itu ke bahagian perkhidmatan sosial.

"Mereka boleh menghubungi perkhidmatan sosial kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

"Tetapi kening saya tidak menentukan sama ada saya seorang ibu yang baik atau tidak," ujarnya.

Sammie-Jo memiliki kening tebal sejak tahun lalu.

Sammie-Jo memiliki kening tebal sejak tahun lalu.

Menjelaskan kenapa dia membesarkan kening, Sammie-Jo berkata, ia dilakukan kerana dia tidak menyukai trend kecantikan masa ini.

"Kebanyakannya bermula dari saiz kening yang biasa dan ia semakin besar dari masa ke masa. Saya pula hanya sukakan penampilan yang berbeza," ceritanya.

Sammie-Jo baru-baru ini menyertai TikTok dan dia memperoleh lebih daripada 75,000 pengikut dalam masa empat minggu sahaja. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain