suria

Isu perkauman! Warga Afrika dakwa tidak dapat melepasi sempadan Poland

Kebanyakan pelarian dari Afrika, Timur Tengah dan India adalah pelajar di Ukraine.

SEKUMPULAN warga Afrika yang belajar di Ukraine mendakwa mereka telah 'diketepikan', selepas kira-kira 500,000 pelarian yang melarikan diri dari konflik Rusia-Ukraine telah menyeberang di sempadan Poland.

Beberapa video tular memaparkan keadaan tegang berlaku yang mana pengawal sempadan menghalang orang berkulit hitam melaluinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Petani Ukraine curi kereta kebal Rusia, jual jadi besi buruk

ARTIKEL BERKAITAN: Konvoi tentera Rusia sejauh 64km, bangunan terbakar dikesan... Putin terus misi tawan Kyiv?

Ada (warga Afrika) yang mengangkat kedua-dua tangan menunjukkan mereka tidak membawa senjata sambil menjerit ‘Kami pelajar! Kami tidak bersenjata’, sebelum orang ramai menembusi penghadang dan berlari ke arah sempadan.

Klip video tersebut turut ditulis: 'Polis dan tentera enggan membenarkan orang Afrika menyeberang, mereka hanya membenarkan orang Ukraine'.

'Ada yang telah tidur di sini selama dua hari di bawah cuaca sejuk, manakala ramai yang telah pulang ke Lviv'.

Pelarian yang tiba di Poland mengakui mereka berhadapan dengan isu perkauman.

Pelarian yang tiba di Poland mengakui mereka berhadapan dengan isu perkauman.

Sementara itu, salah seorang pelarian yang dikenali sebagai Koiki memberitahu, pengasingan etnik masih berlaku di sempadan Poland.

"Warga Ukraine kulit putih telah dibenarkan masuk dengan tangan terbuka, tapi tidak untuk kulit hitam.

"Walaupun dalam peperangan, kita masih mempunyai perkauman," katanya.

Tambahnya, kebanyakan pelajar yang terkandas tidak mempu membeli tiket bas atau mengeluarkan kos untuk menyeberangi sempadan Poland. Metro.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain