suria

UFO bercahaya ala Iron Man dikesan, berlegar di pangkalan tentera udara AS

UFO dikesan berlegar di pangkalan tentera udara di California, AS. foto MUFON

SEPASANG suami isteri mendakwa ternampak objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya berlegar di ruang udara Pangkalan Tentera Udara Edwards di California, Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai ciri serupa dengan teknologi Iron Man.

Pasangan itu mendakwa mereka memandu melalui Route 14 California sewaktu melihat 'pesawat asing' yang bergerak dengan lampu terang kelihatan seperti pancaran cahaya Iron Man.

Rakaman video yang diambil di lokasi kejadian pada 24 Januari menunjukkan bola bercahaya di langit ketika seorang wanita bertanya: "Apa benda yang tidak bergerak itu?"

Memberi gambaran mengenai lokasi, si suami berkata: "Isteri saya memandu arah utara di 14 berhampiran Edwards AFB pada 17:56 hari ini 24 Januari 2022.

"Dia merakam tiga pesawat ringan yang aneh di langit dan memandu betul-betul di bawahnya.

"Ia tidak bergerak atau bergerak sangat perlahan daripada video dan apa yang dia beritahu saya.

"Katanya terdapat tiga lampu terang pada setiap sudut seperti pancaran cahaya Iron Man, hampir seolah-olah ia menyebabkan kesan optik daripada penjanaan haba.

"Saya bekerja dalam aeroangkasa maka saya boleh membezakan pesawat. Saya melihat videonya dan menyemak radar penerbangan untuk tempoh itu dan tiada pesawat di atas lebuh raya."

Menganalisis rakaman tersebut, seorang lelaki yang mengaku dirinya adalah pakar UFO, Scott C. Waring mendakwa penampakkan itu adalah bukti bahawa makhluk asing sedang memerhatikan manusia. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain