suria

Bunuh lelaki umur 51 tahun, bekas pelakon filem lucah dipenjara

Wambles merupakan antara tiga individu yang dituduh dalam kes pembunuhan

BEKAS pelakon filem lucah, Lauren Wambles dipenjara 10 tahun kerana terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki.

Menurut kenyataan Peguam Negeri Florida, Larry Basford, wanita berusia 24 tahun itu terlibat dalam kes pembunuhan Rual Amriz Guillen pada Julai tahun lalu.

Dia merupakan antara tiga individu yang dituduh dalam kes pembunuhan lelaki berusia 51 tahun itu.

Selaim Wambles, teman lelakinya, William Shane Parker dikatakan menjadi individu yang menekan picu senjata dalam kes tersebut.

Seorang lagi defendan, Jeremi Peters turut terlibat dalam pembunuhan serta proses menaman mayat dan telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.

Menurut Ketua Polis John Tate, kes tersebut sangat rumit, namun ia berkisar mengenai dadah dan wang.

Mayat mangsa yang telah reput ditemui pada 25 Ogos tahun lalu oleh anjing pengesan dengan kesan tembakan pada belakang kepala.

Untuk rekod, Wambles pernah menjadi pelakon filem lucah antara tahun 2015 sehingga 2018. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain