suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak jadi mangsa salah sasaran 2 kali tembakan

Pihak berkuasa memeriksa tempat kejadian. (Kredit : Armando L. Sanchez / Chicago Tribune)

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun calar di lengan apabila terkena dua tembakan ketika berdiri di ruangan hadapan sebuah rumah di West Englewood, Chicago.

Menurut polis, kanak-kanak tersebut dikatakan berada di ruangan hadapan rumah di South Seeley Avenue bersama anggota keluarganya yang lain ketika kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.30 malam.

Polis berkata, sebuah kereta jenis Dodge Charger berwarna hitam lalu di hadapan rumah tersebut serta melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu yang berada dihadapan rumah terbabit.

Kanak-kanak itu dilaporkan calar di lengan dan dia dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Comer.

Keadaannya kini dilaporkan baik.

Menurut polis, kanak-kanak terbabit bukanlah sasaran sebenar sebaliknya penembak berkemungkinan menyasarkan individu dewasa lain yang turut berada di perkarangan rumah terbabit.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini namun siasatan masih berjalan. - Chicago Tribune

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain