suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak 11 tahun maut akibat serangan jantung di sekolah

Kanak-kanak 11 tahun maut akibat serangan jantung

SEORANG kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal akibat terkena serangan jantung ketika berada di sekolah.

Kanak-kanak tersebut rebah ketika berada di sekolahnya, Kolej Komuniti Moat di Highlands, Leicester pada pukul 11.30 pagi Selasa.

Susulan kejadian itu, kanak-kanak serta staf di sekolah terbabit ditawarkan sesi kaunseling.

Pengetua sekolah, Brian Killeen berkata, semua orang merasa sedih dengan insiden tersebut.

"Kami akan meneruskan bantuan sokongan kepada murid-murid dan staf untuk beberapa hari atau minggu akan datang.

"Pihak majlis perbandaran telah menyediakan kaunselor terlatih sejak pagi Khamis untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Punca kejadian tragis ini masih belum dikenal pasti, jadi tidak sesuai untuk kami memberi sebarang komen pada ketika ini," katanya.

Polis Leicestershire berkata, mereka menerima panggilan daripada Servies Ambulance East Midlands yang memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak 11 tahun mengalami serangan jantung di sebuah sekolah di Maidstone Road, Leicester.

"Anggota tiba di sekolah terbabit malangnya kanak-kanak itu meninggal tidak lama kemudian," katanya menambah tidak ada apa-apa yang mencurigakan di sebalik kematian kanak-kanak tersebut. - Yahoo News UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain