suria

Lelaki dakwa berjaya tembak ‘makhluk asing’

SAMUEL Riddell mendakwa menembak makhluk asing yang dikatakan berada di kawasan tempat letak kereta. — Agensi

SEORANG lelaki mengaku dia berjaya menembak makhluk asing di tempat letak kereta sebuah hotel, baru-baru ini.

Menurut laporan New York Post, dalam kejadian di sebuah hotel di Kentucky itu, Samuel Riddell, 55, menembak ke arah tempat letak kereta dan bilik bersebelahan untuk membunuh makhluk tersebut.

“Riddell memberitahu polis yang dia melihat makhluk asing di tempat letak kereta dan bertindak menembaknya.

“Dia didakwa memiliki dua senapang tangan dan sepucuk senapang semi automatik.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Polis menemui beberapa peluru di kawasan letak kereta dan satu daripadanya memasuki ruang berdekatan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Insiden itu menyebabkan pihak hotel mengarahkan kesemua tetamu untuk keluar ke lokasi selamat sehingga polis menahan Riddell.

Seorang wanita yang bersama Riddell, terpaksa bersembunyi bilik mandi bagi menyelamatkan diri sehingga polis tiba.

Berdasarkan rekod, Riddell mempunyai rekod jenayah termasuk pernah membahayakan anggota polis dan memiliki senjata tanpa lesen. — Daily Star

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

alien, makhluk asing, tembak, hotel

Artikel Lain