suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkara mesin rumput, budak 6 tahun koma selepas besi terpelanting kena kepala

Alex (kiri) cedera parah setelah mesin pemotong rumput tersebut melemparkan sebatang besi pada kepalanya.

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun koma gara-gara terkena sebatang besi pada bahagian belakang kepalanya.

Alex Hook pada ketika itu sedang bermain di luar kawasan sekolah mengalami kecederaan otak yang teruk akibat hentakan sebatang besi berukuran 12 inci.

Ibu dan ayahnya, Caryn dan Kirbey Hook bimbang akan anak kecil mereka, yang kini tidak sedarkan diri sejak 10 September.

Menurut keluarganya, seorang tukan kebun memotong rumput di belakang Riverview Elementary di Silver Lake, Wisconsin dimana tempat kanak-kanak itu bermain.

Kira-kira jam 11.30 pagi, mesin pemotong rumput bergerak di atas serpihan besi sebelum ia terpelanting ke arah Alex.

Besi tersebut terkena pada bahagian belakang kepala Alex dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri lalu mula mengalami sawan.

Pihak sekolah menghubungi Caryn dan ambulans untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kemalangan itu.

"Saya sangat terkejut tetapi segera menenangkan diri dan bergegas ke sekolah.

"Saya tidak tahu betapa parah kecederaannya sehingga melihat Alex berada di tanah dala keadaan berdarah di kepalanya dan mengalami kekejangan," katanya.

Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan untuk menghilangkan serpihan besi terbesar, serta mengeluarkan beberapa bahagian yang sihat untuk menghilangkan tekanan. -MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain