suria

Rumah Winnie-the-Pooh kini boleh disewa

LOKASI kotej Winnie-The-Pooh terletak di Ashdown Forest, Timur Sussex. — Agensi

SEMPENA meraikan ulang tahun ke-95 watak Winnie-the-Pooh, sebuah kotej di England yang diilhamkan dari rumah watak animasi Disney itu ditawarkan untuk disewa.

Kotej yang dikenali sebagai Bearbnb itu merupakan projek kolaborasi antara Disney dan Airbnb yang bertempat di Ashdown Forest, Timur Sussex.

Ia juga merupakan idea seorang seniman yang telah melukis Pooh selama 30 tahun, Kim Raymond.

Menurut Raymond, pembinaan kotej itu diinspirasikan daripada buku A.A. Milne dan illustrasi asal E.H. Shepard.

"Saya mengambil rujukan daripada kedua sumber tersebut bagi memberi gambaran tepat untuk rumah beruang kesayangan ramai itu.

"Kotej itu mempunyai tanda Mr. Sanders di pintu dan di dalam almari pula dilengkapi dengan periuk berlabel Hunny," katanya.

pooh 2

REKAAN rumah ini diinspirasikan daripada buku A.A. Milne dan illustrasi asal E.H. Shepard. — Agensi

Pengunjung yang menyewa pondok akan berpeluang melawat di Hundred Acre Wood dan melakukan aktiviti Poohsticks iaitu permainan yang dimainkan dengan menjatuhkan tongkat dari jambatan Poohsticks.

Tambah Raymond lagi, kotej ini dilengkapi dengan tikar yoga, jurnal dan selimut bagi memberi pengalaman sebenar seperti kehidupan Pooh dalam dunia animasi.

"Penginapan satu malam di kotej ini ditawarkan dengan harga AS$130 (RM542).

"Peraturan rumah termasuk menjauhkan diri dari periuk madu dan makanan ringan pada pukul 11 ​​pagi," ujarya.

Tambahnya lagi, pengunjung juga tidak dibenarkan merosakkan harta benda di dalam kotej. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Winnie the Pooh, England, Airbnb, Disney

Artikel Berkaitan

Artikel Lain