suria

Bengang dengan beban kerja, wanita ini berhenti kerja penuh bergaya

BETH McGrath mengumumkan kepada pelanggan dan rakan sekerja hasratnya untuk meletak jawatan. — Agensi

BEKERJA dalam industri peruncitan menjadi sesuatu tugas mencabar apabila terpaksa berdepan dengan detik sukar melayan pelanggan, berdepan shif yang panjang mahu pun bayaran terlalu rendah.

Dengan situasi itu, ada ramai juga pekerja yang mula tidak tahan dengan bebanan dipikul hingga berakhir dengan meletakan jawatan.

Ketika ramai yang kekal dengan cara konvensional, ada juga pekerja mengimpikan untuk notis peletakan jawatan dengan cara berbeza dan penuh dramatik.

Itulah yang dilakukan seorang pekerja pasaraya, Beth McGrath apabila bertindak dengan cara sendiri hingga menjadi tular di media sosial.

McGrath bertindak mengumumkan peletakan jawatannya kepada pelanggan dan keberaniannya itu turut mendapat pujian.

Menerusi video yang dikongsikan, tangan McGrath kelihatan bergetar ketika mengumumkan peletakkan jawatan selepas mula berkhidmat sejak lima tahun di pasaraya Walmart di Louisiana, Amerika Syarikat.

“Perhatian kepada semua pelanggan Walmart dan rakan sekerja, nama saya Beth daripada bahagian elektronik.

“Saya sudah pun bekerja hampir lima tahun dan saya boleh katakan semua orang yang bekerja di sini dibebani kerja yang banyak dengan gaji yang rendah,” katanya menerusi video yang diletakkan kapsyen ‘On to better things’.

“Pengurusan kedai ini langsung tidak pedulikan pekerja terutamanya golongan berusia.”

Beth juga mendakwa jika ada pekerja yang membuat aduan, pengurusan hanya memberitahu yang kakitangan mereka boleh tukar pada bila-bila masa.

Orang ramai pantas memuji keberanian Beth.

“Saya hormatinya kerana bersuara. Saya harap dia dapat kerja yang lebih bagus.”

“Anda seorang yang hebat. Saya bersimpati dengan kamu dan tidak ada seorang pun yang layak dilayan buruk di tempat kerja,” menurut reaksi orang ramai. — Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

pasaraya, kerja, runcit, letak jawatan

Artikel Sebelum

Artikel Lain