suria

“Pulangkan pondok telefon kami...” Penduduk sedih mercu tanda dicuri

PONDOK telefon yang menjadi mercu tanda bandar Cope dicuri individu tidak bertanggungjawab. — Agensi

WALAUPUN sudah tidak digunakan lagi, nilai sebuah pondok telefon awam nyata cukup mahal bagi penduduk Cope, salah sebuah bandar kecil di Colorado.

Pondok telefon yang dianggap sebagai mercu tanda sejak beberapa dekad lalu itu hilang ‘dikebas’ individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, menyedari nilainya cukup bermakna bagi bandar berkenaan, penduduk sekitar memohon jasa baik ‘pencuri’ supaya memulangkannya semula.

Dua penduduk di Cope, Vickie Cecil dan Lanny Payne berkata, mercu tanda itu gah di bandar berkenaan sejak kira-kira 50 tahun.

Pondok telefon yang mulanya berada di luar stesen gas Conoco di Memorial Park itu tidak lagi berfungsi sejak beberapa tahun namun kini menjadi hiasan bagi lokasi berkenaan.

Penduduk berkata, ia menjadi kawasan tumpuan pelancong yang bergambar pondok telefon itu.

"Kami tidak pernah mengaitkannya dengan nilai kerana setiap orang sudah pun memiliki telefon bimbit,” kata Presiden Kelab Rekreasi Cope, Payne.

Penduduk mengatakan ia dicuri dan kejadian itu sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa, Pejabat County Sheriff.

“Agak menyedihkan ada yang sanggup melakukannya. Kami fikir pondok telefon ini adalah sejarah penting bagi bandar kami,” kata Payne. — upi.com

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

telefon, penduduk, pencuri

Artikel Lain