suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Remaja perempuan dibelasah saudara mara hingga mati, mayat digantung di jambatan kerana pakai jeans ketika upacara keagamaan

Neha menjadi mangsa kekejaman datuk dan nenek serta saudara mara sendiri.

SEORANG remaja perempuan dipukul hingga mati oleh saudara mara dan mayatnya digantung di jambatan, hanya kerana memakai jeans ketika upacara keagamaan di India.

Neha Paswan, 17, dibelasah oleh datuk dan bapa saudaranya kerana bertegas mahu mengenakan pakaian pilihannya, demikian menurut ibunya, Shakuntala Devi Paswan.

Shakuntala mendakwa bapa mentuanya berpura-pura membawa Neha ke hospital setelah gadis itu tidak sedarkan diri, tetapi sebaliknya membawa mangsa ke sungai berhampiran dan menggantung mayatnya di jambatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Polis bakal mendakwa 10 individu atas tuduhan melakukan pembunuhan dan memusnahkan bukti.

Mereka yang terlibat termasuklah datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan pemandu beca yang turut bersubahat dengan suspek.

Setakat ini datuk, nenek, salah seorang bapa saudara dan pemandu beca telah pun diberkas polis manakala suspek lain sedang diburu. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain