suria

Video transisi paling epik di TikTok, ‘nenek’ bertukar menjadi wanita jelita!

Transisi yang memaparkan wajah 'sebelum dan selepas' yang dimuat naik oleh Valeria.

VIDEO melakukan 'transisi' menjadi trend yang sangat popular di aplikasi TikTok pada ketika ini.

Ada yang melakukan transisi pakaian, penampilan, wajah dan sebagainya.

Menerusi satu perkongsian, seorang pengguna media sosial membuatkan netizen 'ternganga' dengan video transisi wajahnya.

Valeria Voronina yang mempunyai 708,000 pengikut di TikTok memuat naik video transisi paling epik yang memaparkan wajahnya 'sebelum dan selepas' di mana dia kelihatan berubah menjadi dua individu yang berbeza.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam video tersebut, Valeria pada mulanya tampil memakai hoodie berwarna kelabu, dengan rambutnya sedikit kusut masai dan memakai kaca mata dan wajahnya kelihatan seperti seorang wanita tua.

Malah netizen juga dapat melihat dengan jelas giginya sedikit kekuningan.

Namun dalam sekelip mata, TikToker tersebut tiba-tiba berubah dan muncul sebagai seorang wanita yang jelita!

Video berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya mempertikaikan mereka adalah wanita yang sama. - Mirror.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain