suria

‘Gamers’ tegar tak berganjak walaupun kafe siber dinaiki air!

Kelihatan tiga remaja tetap tidak berganjak dari kerusi masing-masing meskipun kafe siber sudah dinaiki air. Foto: ViralPress

SEKUMPULAN remaja di Filipina tetap meneruskan permainan video game walaupun kafe siber yang dikunjungi mereka sudah dinaiki air.

Rakaman dari sebuah kafe siber memperlihatkan remaja berkenaan tidak berganjak daripada kerusi masing-masing meskipun ketika itu air sudah berada di paras peha.

Mereka dilihat tekun menatap komputer seolah-olah tiada apa yang berlaku meskipun berdepan dengan risiko renjatan elektrik.

Sio Samson, pemilik kafe siber berkenaan yang terletak di bandar Cainta, merakam foto dan video situasi berkenaan dan memuat naik di internet.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia cuba menasihati kumpulan remaja berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan mereka yang boleh dihanyutkan banjir atau terkena renjatan elektrik.

"Kami tidak tahu air banjir akan naik pada hari itu. Saya segera bertindak dan memberitahu mereka bahawa saya harus memindahkan peralatan ke tempat yang lebih tinggi.

"Selepas itu baharulah mereka berhenti bermain dan keluar. Mujur tiada di antara kami yang tercedera,"katanya. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain