suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bandar sunyi daripada pelancong, ratusan monyet mengamuk di jalanan kerana kelaparan

Ratusan monyet mengamuk di Lopburi, Thailand. Foto: Viral Press

SEKUMPULAN ratusan monyet mencetuskan huru-hara dan bergaduh sesama sendiri di Lopburi, Thailand, kerana kelaparan.

Situasi tersebut menyebabkan lalu lintas terganggu selama beberapa minit ketika kumpulan haiwan berkenaan 'mengamuk' di hadapan runtuhan kuil Buddha di bandar berkenaan.

Kawanan monyet berkenaan kebiasaannya diberi makanan oleh pelancong serta pengunjung namun sejak sekatan pelancongan dan perjalanan domestik yang dikuatkuasakan awal bulan ini menyebabkan bandar itu 'sunyi'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pihak berkuasa tempatan juga telah berusaha untuk mengawal populasi monyet dengan melancarkan program pensterilan secara besar-besaran.

Sebelum penularan wabak Covid-19, Lopburi yang terletak sekitar 100 batu di utara Bangkok kerap dikunjungi oleh pelancong yang akan memberi makanan kepada haiwan berkenaan. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain