suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja hidap tumor jalani pembedahan cabut 82 batang gigi!

Nitish menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai 'odontome' di rahangnya sejak lima tahun lalu.

SEORANG remaja dari India mengejutkan warganet kerana mempunyai 82 batang gigi 'tambahan'!

Nitish Kumar, 17, menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai 'odontome' di rahangnya sejak lima tahun lalu.

Nitish dilaporkan menanggung derita selama bertahun-tahun dan keadaannya bertambah buruk kerana tidak mendapatkan rawatan.

Imbasan yang dilakukan menunjukkan wajahnya senget kerana gigi yang berlebihan dan 'sekumpulan' gigi yang besar dilihat tumbuh di bahagian bawah rahangnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Doktor di Institut Sains Perubatan Indira Gandhi (IGIMS) berjaya melakukan pembedahan terhadap remaja tersebut baru-baru ini.

"Selama operasi, kami mendapati bahagian gigi tumbuh di bahagian belakang rahang yang dapat 'menumbuhkan' 82 gigi. Pesakit kini sihat dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi," kata doktor. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain