suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Detik mencemaskan... ibu terpaksa campak anak selepas apartment dijilat api

Aksi Naledi Manyoni mencampakkan anak perempuannya, Melokuhle dari tingkat satu berjaya dirakam kamera BBC, Selasa lalu.

DEMI menyelamatkan nyawa si anak, seorang ibu terpaksa mencampak kanak-kanak tersebut dari sebuah bangunan kediaman di bandar Durban, KwaZulu-Natal di Afrika Selatan selepas premis itu terbakar.

Aksi Naledi Manyoni mencampakkan anak perempuannya, Melokuhle dari tingkat satu berjaya dirakam kamera BBC, Selasa lalu.

Ketika kejadian, bangunan apartment yang didiami mereka dibakar perusuh susulan rusuhan berterusan sejak mantan Presiden Jacob Zuma dipenjarakan minggu lalu.

Disebabkan tidak dapat keluar, orang ramai yang berada di bawah bangunan menjerit meminta Naledi mencampakkan anaknya sambil mereka bersedia untuk menyambut kanak-kanak berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pasukan bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian ketika orang awam mula menyelamatkan penghuni apartment menggunakan tangga.

Naledi kemudian terus mendapatkan anak perempuannya selepas berjaya diselamatkan.

Sehingga kini, rusuhan itu menyebabkan 72 orang meninggal dunia. - Indianexpress.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain