suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tikam remaja perempuan gara-gara tak dapat nombor telefon, akaun Snapchat

Brooks dihukum penjara lima tahun dan dua bulan selepas didapati bersalah atas kesalahannya. foto SWNS

SEORANG remaja lelaki bertindak menikam seorang gadis di bahagian kaki hanya kerana mangsa enggan memberikan nombor telefonnya dan akaun Snapchat.

Tertuduh, Desmond Brook, 19, menikam memukul mangsa berusia 16 tahun di luar stesen Harrow-on-the-Hill di barat laut London, United Kingdom pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian, dia mendekati mangsa yang berdiri di tepi jalan bersama seorang rakan lelaki.

Mangsa dan rakannya menolak permintaannya dan memintanya beredar.

Brooks kemudian mengekori mangsa dan rakannya sebelum melakukan serangan, dan mangsa ditikam di bahagian kaki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa dikejarkan ke hospital dan menerima enam jahitan di kaki.

Brooks yang melarikan diri susulan kejadian ditemui dan ditahan polis.

Pada 2 Julai lalu, mahkamah mendapati dia bersalah kerana mengakibatkan kecederaan dengan niat dan hakim menjatuhkan hukuman lima tahun dan dua bulan. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain