suria

Ngeri! Pengembala kambing diserang beruang, wajah dirobek hingga hilang bola mata

Muhammad Mumtaz cedera parah pada bahagian wajah selepas diserang seekor beruang.

NGERI! Seorang pengembala kambing diserang seekor beruang sehingga wajahnya cedera parah akibat dirobek haiwan tersebut.

Muhammad Mumtaz, yang berusia awal 30-an, diserang beruang tersebut ketika sedang mengembala kambing dan biri-biri di Kampung Shaladajan Boniyar, Baramulla, utara Kashmir.

Malah Muhammad Mumtaz turut kehilangan bola mata kirinya dalam serangan ganas tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Haiwan itu hanya melarikan diri selepas Muhammad Mumtaz dan beberapa rakannya melemparkan batu untuk menghalaunya.

"Beruang tersebut menerkam saya secara tiba-tiba dan mula mencakar serta merobek muka dan kepala... rasanya seperti batu besar menghentam muka," katanya.

Muhammad Mumtaz dikejarkan ke pusat kesihatan di Boniyar sebelum dipindahkan ke Kolej Perubatan Kerajaan Baramulla untuk rawatan lanjut.

Dia dipercayai berada dalam keadaan kritikal namun stabil dan dipantau dengan teliti oleh doktor. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain