suria

Wanita bogel mengamuk timbulkan kekecohan di 2 restoran, puncanya kerana pemilik salah sebuah premis didakwa tidak jujur

Seorang wanita ditahan kerana menyerang serta melakukan jenayah feloni.

SEORANG wanita dari Florida, Amerika Syarikat memilih untuk bertelanjang dan mengamuk serta memusnahkan sebuah restoran di negeri itu awal bulan ini. Semua perlakuan wanita ini bagaimanapun berjaya dirakam lensa kamera.

Menurut laporan polis dari Jabatan Polis Ocala, Florida, suspek, yang dikenali sebagai TIna Kindred, 53, ditahan setelah menyebabkan kerugian ribuan dolar di salah sebuah francais Outback di Ocala pada 1 Jun lalu.

Sebelum mengemparkan steakhouse terbabit, wanita terbabit terlebih dahulu melakukan kekacauan di sebuah lagi restoran yang berdekatan iaitu Mojo Grill.

Menurut pengadu, suspek dilihat mengetuk tingkap dan menterbalikkan meja di premis berkenaan.

Pegawai polis yang berada di lokasi mendakwa, sebaik tiba di tempat letak kereta Outback sekitar waktu makan tengah hari, beberapa pelanggan memberitahu ada seorang wanita di dalam restoran dan dia sedang "memusnahkan semua barangan di bar."

Setelah masuk ke dalam restoran, pegawai itu melihat kaca dan cecair di seluruh kawasan bar serta seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel dalam keadaan sangat gelisah serta mempunyai botol minuman keras di tangannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setelah pegawai tersebut memperkenalkan diri, tertuduh mula mengeluarkan “kata-kata tidak senonoh” dan melemparkan botol minuman keras ke arahnya. Setelah salah satu botol terbabit terkena pada lengan sehingga menyebabkan dia basah terkenal alkohol, barulah pegawai terbabit menggunakan Taser sebanyak dua kali.



Wanita terbabit memecahkan semua barangan di kawasan bar sebuah restoran.

Kindred digari dan dibawa ke sebuah pusat kesihatan berdekatan dan ujian mendapati terdapat kandungan THC atau kesan kandunga bahan terlarang dalam sistem tubuhnya. Kindred kemudian dibawa ke Penjara Marion Country serta didakwa menyerang dan kerana melakukan jenayah feloni. Dia dikenakan bon sebanyak AS$12,000 (RM49,446).

Nilai sebenar kerugian yang dialami kedua-dua restoran terbabit masih belum diketahui namun nilainya dijangkakan mencecah ribuan dollar," kata polis Ocala.



Polis menjangkakan nilai kerosakan yang dialami kedua-dua restoran mencecah ribuan dolar.

Setelah haknya dibacakan, Kindred memberitahu penyiasat ​​bahawa dia pada awalnya pergi ke Mojo Girll kerana pemiliknya "tidak jujur". Tidak dapat dipastikan apa isu diantara suspek dengan Outback atau kenapa dia bertindak menanggalkan pakaiannya.

Mahkamah menetapkan tarikh perbiacaraan pada 6 Julai, menurut catatan mahkamah Marion County - Miami Herald

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ends

wanita, bogel, mengamuk. florida, global, thc

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

1,098 pelajar MRSM dapat semua A