suria

Lelaki kahwin buat kali ke-37 disaksikan 28 isteri, 135 anak dan 126 cucu!

Majlis perkahwinan pasangan ini disaksikan 28 isteri, ratusan anak serta cucu.

KITA mungkin pernah mendengar kisah mengenai pemerintah zaman dahulu yang mempunyai ramai isteri serta perempuan simpanan.

Mungkin agak janggal dan 'gila' sekiranya perkara sedemikian masih berlaku pada zaman kini, namun tidak bagi seorang lelaki ini yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya buat kali ke-37!

Lebih mengejutkan, perkahwinan dengan isteri baharu itu disaksikan seluruh keluarganya yang terdiri daripada 28 isteri, 135 anak dan 126 cucu!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pernah berkahwin sebanyak 36 kali sebelum ini, namun kini hanya 28 isterinya masih hidup dan tinggal bersama-sama dengannya.

Video perkahwinan pasangan tersebut menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa hairan bagaimana lelaki tersebut 'menguruskan' begitu ramai isteri dan anak-anaknya.

Namun tak kurang juga ada yang mengkritik gaya hidupnya yang disifatkan 'pelik'. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain