suria

Kantoi menyamar pengantin perempuan, lelaki diserang ketika jumpa kekasih di majlis kahwin

Seorang lelaki (baju merah) menyamar menjadi pengantin perempuan untuk bertemu kekasihnya. foto Jam Press/TIM

SEORANG lelaki bertindak berpakaian seperti pengantin perempuan bagi membolehkannya mendekati kekasihnya pada hari perkahwinan wanita itu.

Dia bagaimanapun diserang selepas penyamarannya terbongkar.

Video menunjukkan lelaki berkenaan menceroboh masuk ke majlis dengan memakai busana pengantin, mekap dan rambut palsu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam kejadian yang berlaku di Bhadohi, di utara India, pengantin perempuan yang sebenar akan disatukan bersama lelaki lain.

Ia membuatkan kekasih kepada bakal pengantin perempuan itu melakukan tindakan drastik di majlis tersebut, dengan melakukan penyamaran.

Malangnya, tindakan tersebut disedari oleh para tetamu, yang kemudian didakwa memukul lelaki itu.

Dilaporkan polis dihubungi berhubung insiden, namun lelaki berkenaan melarikan diri sebelum mereka tiba di lokasi kejadian. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain