suria

Naik sekali sahaja, lelaki ini bongkar kisah roller coaster pembunuh

Jika benar-benar dicipta, ia mampu membawa 24 penumpang pada satu-satu masa.

APABILA berbicara mengenai taman tema, kita pasti terbayang akan permainan seperti buaian gergasi dan roller coaster.

Terbaharu, kisah roller coaster yang didakawa dicipta untuk membunuh sesiapa yang menaikinya tular di aplikasi TikTok.

Konsep roller coaster yang direka oleh Lithuanian Julijonas Urbonas pada 2010 itu kembali menjadi tular selepas sedekad lamanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut pelayar TikTok Luke Davidson, roller coaster itu boleh dinaiki sekali sahaja.

Jika benar-benar dicipta, ia mampu membawa 24 penumpang pada satu-satu masa.

Perjalanan menggunakan landasan roller coaster yang bahaya itu disifatkan seperti pengalaman koreografi graviti.

Malah, ia boleh menyebabkan individu yang menaikinya tidak sedarkan diri kerana kekurangan oksigen di otak sehingga meninggal dunia.

Namun, rekaan roller coaster itu tidak pernah direalisasikan dan tidak pernah dibangunkan sehingga ke hari ini. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain