suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluar ‘date’ dengan kenalan Tinder, dikata duda kematian isteri... rupa-rupanya masih hidup!

Pengguna TikTok Sissyhankshaw mengenali seorang lelaki di Tinder, yang memberitahu telah kematian isteri.

SEORANG wanita kecewa selepas mengenali seorang lelaki yang kononnya duda kematian isteri, menerusi aplikasi Tinder.

Dia bagaimanapun mendapati isteri berkenaan masih hidup dan lelaki itu masih bersama isterinya.

Seorang pengguna TikTok, Sissyhankshaw menjelaskan bahawa dia telah bertemu dengan seorang guru sekolah berusia 25 tahun.

Katanya, permulaan hubungan mereka berjalan lancar, lelaki itu juga baik dan dia menaruh harapan yang tinggi.

Menurut lelaki itu, dia mempunyai anak lelaki, namun malangnya ibu kepada anaknya meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Atas dasar ingin tahu, Sissyhankshaw memeriksa akaun media sosial mendiang isteri berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, isteri yang kononnya meninggal dunia itu masih memuat naik gambar-gambar di Instagram.

"Saya telah bersemuka dengan lelaki itu dan beritahu dia telah berbohong kerana isterinya masih hidup.

"Dia kemudian beritahu yang saya menipu kerana isterinya itu sebenarnya telah meninggal dunia," katanya.

Netizen kemuda bertanya sama ada dia telah menghubungi isteri berkenaan, Sissyhankshaw memberitahu diat telah menghantar mesej di akaun Instagramnya.

Namun, Sissyhankshaw menjelaskan bahawa wanita belum membaca mesejnya. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain