suria

Wanita ‘hilang’ sejak 11 tahun lalu akhirnya ditemui... rupa-rupanya tinggal bersama kekasih, hanya 500 meter dari rumah ibu bapa

Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.

PELIK tapi benar!

Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad, Kerala sejak 11 tahun lalu, ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah yang hanya terletak 500 meter dari kediaman ibu bapanya.

Menurut The Indian Express, wanita yang bernama Sajitha itu dilaporkan hilang pada Februari 2010 di mana ketika itu dia berusia 18 tahun.

Selama bertahun-tahun, ibu bapanya tidak berputus asa mencarinya namun sia-sia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya, Alinchuvattil Rahman, dan dia 'dikurung' di sebuah bilik tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.

Mereka merahsiakan hubungan daripada pengetahuan orang lain kerana berbeza agama.

Tiga bulan lalu, Rahman bertengkar dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah berkenaan.

Pasangan itu menetap di kampung lain, yang terletak tidak jauh dari rumah ibu bapa Sajitha, tanpa pengetahuan keluarga sebelum 'kantoi' apabila diketahui salah seorang abangnya.

Pasangan itu kemudian dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibenarkan tinggal bersama selepas Sajitha nekad mahu bersama dengan kekasihnya. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain