suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Sakit mata’ kerana dapat lihat jiran di bilik mandi, wanita nekad jual kediaman idaman kerana tiada privasi

Pauline terpaksa menjual kediaman idamannya kerana merasakan tiada privasi. Foto: Edinbrugh Live

SEORANG pemilik rumah terlalu marah dan kecewa kerana terpaksa berpindah daripada kediaman impiannya kerana tidak mempunyai privasi, gara-gara dapat melihat jirannya di dalam bilik mandi.

Pauline Boyd membeli sebuah kediaman mewah di Rossburn Lane, Blair Drummond bersama suaminya untuk menikmati kehidupan yang tenang dan privasi.

Namun selepas berpindah, Pauline mendapati terdapat sebuah rumah didirikan di laman bersebelahan yang mana dapat dilihat secara langsung dari dapur dan ruang tamu mereka.

Tidak berpuas hati, Boyd membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan kerana gagal memaklumkan rekaan kediaman dan perancangan di kawasan perumahan tersebut kepadanya sebelum itu.

"Keluarga kami boleh melihat secara terus jiran di bilik mandi mereka ketika sedang menikmati makanan walaupun tingkap ditutup.

"Ia menyebabkan tekanan kepada kami dan memberi impak kepada kehidupan... kami mungkin boleh menutup ruangan tersebut tapi enggan melakukannya," kata Boyd.

Disebabkan marah dan kecewa, Boyd berkata mereka sekeluarga merancang untuk berpindah daripada kediaman tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain