suria

Padah pakai uniform buat video TikTok, gadis 24 tahun dipecat

Lucy bekerja selama setahun setengah sebelum dipecat. foto Lucy Skinner

SEORANG wanita dipecat sebagai pembantu khimat pelanggan di sebuah syarikat gara-gara memuat naik beberapa videonya memakai uniform syarikat di aplikasi TikTok.

Lucy Skinner, yang menetap di Edge Hill dekat Liverpool, United Kingdom bekerja di kedai pusat bandar Liverpool selama kira-kira satu setengah tahun.

Menurut laporan Liverpool Echo, dia kemudian dipecat tanpa notis pada minggu lalu.

Pengguna TikTok berusia 24 tahun itu berkata, dia terkejut dan berang dengan pemberhentian secara tiba-tiba disebabkan video tersebut, yang tidak dijangkakannya.

Dia memuat naik sejumlah video berkaitan dengan pekerjaan, antaranya dirakamkan di bilik kakitangan dan selebihnya di ruang penghantaran di belakang kedai.

Lucy, yang berasal dari Cumbria mendakwa, dia tidak tahu bahawa video tersebut akan menjadi masalah.

Ini kerana dia melihat pekerja pasar raya lain yang berterusan menyiarkan kandungan serupa di platform media sosial.

Dia juga menyiarkan video menunjukkan pengurus bertengkar dengan kakitangan apabila mereka melakukan kesalahan tetapi lebih terkawal apabila mereka melakukan kesalahan yang sama.

Antara videonya turut menggunakan lagu-lagu yang mengandungi perkataan tidak senonoh.

Jurucakap syarikat itu memberitahu Echo: "Kami tidak memberi komen mengenai kes individu tersebut tetapi posting media sosial yang menyinggung, kasar atau menghina tidak dikompromi dan akan dikenakan tindakan tatatertib."

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

dipecat, video TikTok, uniform,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain