suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa maut tertimbus dalam lubang ketika cuba selamatkan anjing

Bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan pada otak. - foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG bapa kepada tiga anak maut selepas tertimbus dalam lubang ketika cuba menyelamatkan anjingnya, menurut pendengaran inkues mengenai kematiannya.

Gary Davies, 36, dihempap tanah runtuh ketika cuba menyelamatkan anjingnya yang terperangkap.

Petani itu diselamatkan dari lubang oleh pasukan kecemasan.

Menurut pendengaran inkues, dia bagaimanapun meninggal dunia lima hari kemudian di hospital.

Siasatan mengenai kematiannya dibuka pada Jumaat apabila polis menjalankan siasatan terhadap tragedi tersebut.

Mangsa berada di Ladang Gorse di St Harmon, Rhayader, Mid Wales, United Kingdom ketika tragedi berlaku pada 11 Januari.

Kejadian bermula apabila haiwan peliharaannya hilang, sebelum petani itu mula mencarinya.

Bedah siasat mengatakan mangsa mengalami kecederaan pada otak.

Siasatan bagaimanapun sedang berjalan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain