suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gajah mati dibaling tayar sedang terbakar

Kejadian yang berlaku di sebuah resort persendirian itu ternyata mengundang kemarahan ramai.

SEEKOR gajah mati apabila menjadi mangsa kekejaman penduduk sebuah kampung di Nilgiri, Tamil Nadu, India, baru-baru ini.

Difahamkkan, suspek membakar tayar sebelum ia dibaling ke arah gajah menerusi kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu.

Tayar yang sedang marak terbakar itu dikatakan tersangkut di telinga gajah berkenaan.

Tindakan kejam itu menyebabkan gajah berkenaan mati pada 19 Januari lalu selepas menderita dengan kecederaan teruk di bahagian telinga.

Kejadian yang berlaku di sebuah resort persendirian itu ternyata mengundang kemarahan ramai.

Malah, beberapa selebriti tempatan seperti Randeep Hooda, Kamal Haasan, Koena Mitra dan Pranita Subhash turut mengecam insiden itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain