suria

Bintang TikTok Rafi Shaikh ditemui mati bunuh diri, keluarga dakwa anak diganggu sekumpulan rakan

Bintang TikTok, Rafi Shaikh dilaporkan bunuh diri di rumahnya. foto Twitter / India Times

SEORANG bintang TikTok, Rafi Shaikh dilaporkan maut akibat bunuh diri di kediamannya di Nellore, Andhra Pradesh di India.

Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian.

Polis turut mengesahkan bahawa ibu bapa mangsa mendakwa anak mereka telah diganggu sejak beberapa lama.

Menurut laporan Times of India, ibu bapa Rafi mendakwa anaknya diculik oleh sekumpulan rakan beberapa hari sebelum kejadian.

Rafi bagaimanapun dibebaskan kemudian.

Bukan setakat itu, keluarganya mendakwa kumpulan itu mengambil video yang tidak menyenangkan anaknya dan mengugut untuk menyebarkannya.

Selain itu, keluarga Rafi turut mendakwa pemuda itu pulang ke rumah dengan kesan pukul.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut, dan sedang menyiasat dakwaan ibu bapa mangsa. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain