suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Romantis! Pemandu tren wanita terkejut dilamar kekasih di stesen

Saat-saat romantis seorang pemandu tren wanita dilamar kekasihnya ketika tiba di stesen. Foto: Twitter

ORANG ramai di Pearse Station, Dublin gembira menyaksikan detik romantis apabila seorang lelaki bertindak melamar kekasihnya yang merupakan seorang pemandu tren ketika wanita berkenaan tiba di stesen tersebut.

Menerusi satu rakaman video orang awam yang dikenali sebagai Clodagh Maher, kelihatan lelaki berkenaan berdiri di platform sambil memegang sepanduk bertulis 'Will you marry me?' bersama sejambak bunga yang besar.

Semasa pemandu tren berkenaan, Paula Carbó Zea berjalan ke arahnya, teman lelakinya itu terus melutut dan mengeluarkan cincin sebagai tanda lamaran.

Video yang dimuat naik oleh Clodagh di Twitter pada 15 Disember telah ditonton lebih dari 200,000 kali.

Paula mengatakan 'ya' kepada teman lelakinya dan mengucapkan terima kasih kepada Clodagh kerana merakam momen istimewa itu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pemandu tren wanita, lamar, tren

Artikel Lain