suria

Anjing dicampak dari balkoni motel, jarum tertanam dalam kaki

Seorang wanita mencampakkan seekor anjing dari balkoni sebuah bilik motel. -foto Volusia County Sheriff’s Office

SEORANG wanita bertindak mencampakkan anjingnya sendiri dari balkoni tingkat satu sebuah motel ke tingkat bawah.

Allison Murphy, 35, ditahan di motel di bandar Daytona Beach di Florida, Amerika Syarikat dan didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Dia juga didapati bertindak kekerasan terhadap seorang anggota polis.

Menerusi satu rakaman pada 14 Disember, wanita itu bergegas keluar dari bilik motelnya bersama seekor anjing baka German shepherd, manakala polis berada di sebalik pintu.

Wanita itu secara tiba-tiba ke depan dan melemparkan anjing itu ke atas pagar balkoni, sementara seorang polis cuba menarik bahunya bagi menghentikan perbuatan itu.

Namun, anjing malang itu tidak sempat diselamatkan dan jatuh ke tingkat bawah.

Ia bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan diberikan perhatian oleh sebuah pusat jagaan haiwan.

Menerusi imbasan X-ray, mendapati terdapat jarum jahitan yang tertanam di dalam kaki haiwan itu, tetapi ia kemudian dikeluarkan dan sedang menjalani pemulihan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain