suria

Lelaki dipenjara 4 minggu gara-gara rentas lautan dengan jet ski untuk bertemu kekasih

Seorang lelaki yang sanggup menaiki jet ski untuk bertemu kekasihnya, dihukum penjara 4 minggu. Foto: Getty Images/Metro.co.uk

SEORANG lelaki dihukum penjara gara-gara menggunakan jet ski sejauh 25 batu untuk bertemu dengan kekasihnya di Isle of Man, Douglas, United Kingdom.

Dale McLaughlan, 28, bertolak dari Isle of Whithorn, Scotland dan perjalanan ke rumah kekasihnya mengambil masa selama empat jam setengah.

Dia bertemu kekasihnya ketika bekerja di pulau itu pada September, tetapi permohonannya untuk kembali telah ditolak.

Pendakwa raya mengatakan bahawa Douglas menyangka perjalanan dengan jet ski akan memakan masa sekitar 40 minit.

Sebaik sahaja McLaughlan tiba, dia berjalan sejauh 15 batu ke rumah kekasihnya di Douglas, dan memberikan alamat wanita itu kepada polis, kononnya ia adalah alamat rumahnya sendiri.

McLaughlan dan kekasihnya juga mengunjungi dua kelab malam selepas dia tiba.

Mahkamah diberitahu bahawa dia menderita kemurungan kerana berjauhan dengan kekasihnya, lapor BBC.

McLaughlan, bapa kepada dua anak, mengaku tiba di pulau itu secara tidak sah dan tidak mengikut undang-undang semasa pandemik Covid-19.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama empat minggu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain