suria

Kanak-kanak digelar pasangan kembar paling cantik di dunia, ibu terima kecaman netizen

Pasangan kembar itu mula mengikat kontrak sebagai model sejak berusia enam bulan.

AVA dan Leah sering diberi jolokan sebagai pasangan kembar paling cantik di dunia.

Berusia 9 tahun, mereka yang menetap di Los Angeles turut memiliki 1.8 juta pengikut Instagram.

Terbaharu, ibu mereka, Jaqi Clements ada memuat naik foto bersama anak-anaknya.

Namun, ia ternyata tidak disenangi segelintir individu sehingga ada yang menuduh dia cuba menjana pendapatan dengan menggunakan pasangan kembar itu.

Ia gara-gara dia turut menulis kapsyen yang mempromosikan pakaian dipakai mereka.

Malah, dia turut meletakkan kod diskaun pada posting itu.

Untuk rekod, pasangan kembar itu mula mengikat kontrak sebagai model sejak berusia enam bulan.

Mereka juga pernah muncul menghiasi beberapa majalah. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain