suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergosip di kelas, guru didakwa tampal mulut murid 7 tahun dengan pita pelekat

Siasatan dijalankan di Sekolah Colwill di West Auckland berhubung kejadian berlaku. -foto Google

SEORANG ibu di New Zealand mendakwa seorang guru menampal pita pelekat pada mulut anaknya kerana bergosip di dalam kelas.

Insiden itu menyebabkananak lelakinya itu terlepas sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.

Wanita itu mendakwa anak lelakinya berusia tujuh tahun itu terlepas pembelajaran selama dua minggu, gara-gara takut untuk kembali ke sekolah.

Memetik laporan Daily Star, kanak-kanak itu merupakan salah seorang murid di mana mulutnya ditampalkan dengan pita pelekat kerana terlalu banyak bercakap.

Pengetua Sekolah Colwill di West Auckland, Rob Taylor dimaklumkan mengenai insiden itu dan siasatan kini dijalankan.

Menurut pihak sekolah, polis tampil menjakan siasatan dan guru terbabit membuat permohonan maaf kerana mencetuskan kemarahan ramai. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain