suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut terima ‘tetamu tak diundang’ sedang melingkar di pokok Krismas

Seorang wanita terkejut apabila menemui seekor ular sedang melingkar di pokok Krismas di dalam rumahnya.

SEORANG wanita terkejut apabila menemui seekor ular bersaiz besar sedang melingkar di pokok Krismas yang dihias di dalam rumahnya.

Rachael Leah Jackson, yang berhijrah ke Australia sejak 1997, terkejut apabila mendapati reptilia itu sedang melingkar di pokok hiasan berkenaan seperti 'kediaman sendiri'.

Ular merupakan perkara yang normal di Australia, tetapi insiden ini sudah cukup membuatkan salah seorang jiran Rachael lari lintang pukang.

Menurut Rachael, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan reptilia di rumahnya.

"Terdapat ular di mana-mana di Sydney. Kami dikelilingi oleh taman-taman negara dan rumah saya kembali berdekatan kawasan semak.

"Saya meminta seorang jiran untuk datang dan membantu, tetapi dia melihatnya dan melarikan diri sambil menjerit," ceritanya.

Difahamkan, ular berkenaan adalah daripada spesies ular pokok dan ia tidak berbiasa. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain