suria

Kejam! YouTuber sanggup ‘bunuh’ teman wanita hamil demi raih jumlah tontonan ketika penstriman langsung

Reeflay membuat penstriman langsung walaupun menyedari keadaan teman wanitanya yang sudah tidak sedarkan diri.

DEMI meraih jumlah tontonan, seorang YouTuber Rusia tergamak 'membunuh' teman wanitanya yang sedang hamil dengan memaksa wanita tersebut berdiri di luar dalam keadaan sejuk dengan hanya memakai pakaian dalam.

Stanislav Reeflay, 30, yang sedang melakukan penstriman langsung ketika itu dikatakan mendapat galakan daripada penontonnya, lantas memaksa Valentina Grigoryeva, 28, keluar ke balkoni dalam keadaan cuaca sejuk.

Wanita yang sedag hamil itu menuruti sahaja permintaan teman lelakinya di mana Reeflay meneruskan penstriman langsung.

Grigoryeva kelihatan menggigil kesejukan selama 15 minit dan kemudian tidak sedarkan diri.

Reeflay bagaimanapun tetap merakam kejadian berkenaan secara langsung walaupun menyedari keadaan teman wanitanya itu.

Akibatnya, Grigoryeva meninggal dunia di tempat kejadian kerana disyaki hipotermia.

Dalam rakaman itu, lelaki itu dilihat mengangkat wanita itu masuk semula ke dalam rumah dan cuba mengejutnya.

"Tiada denyutan...dia pucat. Dia tidak bernafas lagi," kata lelaki itu kepada puluhan pengikutnya yang menyaksikan kejadian itu secara langsung.

Walaupun selepas paramedik mengesahkan kematian wanita itu, lelaki itu masih terus melakukan rakaman.

Susulan kejadian, Reeflay ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menerima pembayaran daripada jumlah tontonan video berkenaan.

Difahamkan, Reeflay menerima bayaran $1,300 (kira-kira RM5,293) untuk penstriman langsung tersebut. - India.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain