suria

Foto seram dirakam selepas penghuni dengar bunyi aneh di dapur menghantui netizen

Imej misteri yang dilihat menerusi gambar ini. -foto Reddit

SEORANG lelaki berkata, dia mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari flatnya selepas mengambil gambar yang menyeramkan di dapur.

Hasil rakaman itu menunjukkan imej satu lembaga aneh susulan satu bunyi aneh dari dapur di rumahnya.

Imej misteri tersebut menjadi tular selepas ia dimuat naik di laman sosial Reddit.

"Selepas bunyi bising dan ketukan dari dapur, saya ambil gambar dan melihat perkara ini," menurut keterangan gambar berkenaan.

Pada mulanya ratusan pengguna Reddit mengakui tidak melihat sebarang imej di dalam foto tersebut, sehingga mereka menelitinya secara dekat (zoom in).

Sebaik menyedari imej misteri yang dikatakan itu, mereka berpendapat bahawa foto tersebut begitu menyeramkan.

Dalam pada itu, segelintir netizen menyifatkan foto tersebut disunting bagi menampakkan imej misteri. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain