suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alami keguguran 14 kali, suami isteri akhirnya dikurniakan cahaya mata selepas menang rawatan IVF percuma

Jason and Jo Scollen akhirnya dikurniakan bayi bernama Jessica Rose. foto SWNS.com

SATU pasangan suami isteri akhirnya dikurniakan bayi selepas si isteri mengalami keguguran ketika hamil sebanyak 14 kali.

Jo Scollen, 47, dan suaminya, Jason, 49, 'kehilangan' bayi hampir setiap tahun sejak mereka mula mencuba untuk mendapatkan anak pada 2000.

Pada satu tahap, doktor memberitahu mereka supaya 'berserah' dengan keadaan itu.

Jo tidak menghadapi masalah untuk hamil, tetapi kehamilannya tidak dapat bertahan lebih dari 14 minggu.

Pasangan itu mencuba rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF), tetapi tidak berhasil.

Mereka kemudian menyertai satu pertandingan yang menawarkan hadiah berupa rawatan kesuburan secara percuma.

Pasangan itu memenangi pertandingan itu dan menjalani rawatan berkenaan.

Suami isteri dari Wimbledon di London itu dikurniakan bayi perempuan bernama Jessica Rose, tahun ini. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain