suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas jatuh jambatan, 10 penumpang meninggal dunia

Sebuah lagi trak turut terlibat dalam pertembungan itu.

MALANG tidak berbau.

Begitulah gambarannya mengenai satu kejadian kemalangan bas di Brazil.

Bas pelancong itu dilaporkan terjatuh dari sebuah jambatan pada ketinggian 15 meter.

Sebuah lagi trak turut terlibat dalam pertembungan itu.

Menurut pihak penyelamat, sekurang-kurangnya 10 individu terbunuh manakala 30 yang lain cedera dalam kejadian di Joao Monlevade itu.

Dalam pada itu, foto ngeri di sekitar lokasi kemalangan turut ditularkan.

Menerusi satu kejadian berlainan di Brazil pada bulan lalu, sebuah bas bertembung dengan trak, menyebabkan 41 individu terbunuh. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain