suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengantin perempuan positif Covid-19, perkahwinan diadakan di pusat rawatan

Pasangan pengantin memakai PPE. -foto ANI

SATU pasangan melangsungkan perkahwinan dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE), di pusat Covid-19 Kelwara di Shahbad, India.

Upacara itu diadakan susulan pengantin perempuan disahkan positif Covid-19, pada hari perkahwinan mereka.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh ANI, pasangan pengantin dilihat memakai PPE semasa melafazkan ikrar perkahwinan.

Sementara itu, individu lain yang berada di lokasi kejadian turut memakai PPE.

Pengantin lelaki turut dilihat memakai serban di atas PPE bersama sarung tangan, manakala pengantin perempuan pula mengenakan pelindung muka dan sarung tangan.

Upacara perkahwinan seumpama itu dibuat berikutan norma baharu akibat pandemik Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan di India. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain