suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Restoran di London guna khidmat pelayan robot, nafi pinggirkan pekerja asal

Menurut wakil restoran berkenaan, kehadiran dua robot itu tidak bermaksud mereka meminggirkan pekerja asal meereka.

SEBUAH restoran di London akan menggunakan khidmat pelayan robot bermula 3 Disember ini.

Dua robot dikenali sebagai Bailey dan Sage itu akan melayan pelanggan yang berkunjung ke restoran berkenaan dengan mengambil serta menghantar pesanan mereka.

Menurut wakil restoran berkenaan, kehadiran dua robot itu tidak bermaksud pekerja asal dipinggirkan.

"Kami cuma nak tambahkan keyakinan pelanggan kepada kami," ujar wakil tersebut.

Selain itu, mereka juga akan menggunakan imbasan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan minuman keras.

Ujar wakil itu lagi, penggunaan khidmat robot itu dijangka tamat 3 Januari depan.

Malah, dua robot berkenaan digunakan untuk memeriahkan lagi perayaan Krismas pada 25 Disember ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain