suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Wanita temui bilik rahsia di sebalik pintu misteri, hanya disedari selepas menetap 14 tahun

Holly Huntter terkejut dengan penemuan di sebalik panel di bilik tidurnya. -foto hollyhunter101/TikTok

SEORANG pengguna TikTok menemui bilik rahsia yang menyeramkan, di sebalik sebuah pintu misteri di rumah yang didiaminya selama 14 tahun.

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam aplikasi itu, Holly Hunter menemui satu ruang tersembunyi seperti telah dibina sejak berdekad lamanya.

Dalam kejadian di England, penemuan mengejutkan itu hanya disedari selepas wanita itu menanggalkan satu panel kayu dari dinding bilik tidurnya.

Rakaman itu kemudian dikongsikan di laman sosialnya yang mempunyai lebih 24,000 pengikut.

"Saya tinggal di rumah ini selama 14 tahun dan saya sentiasa tertanya-tanya apakah di sebalik papan di dalam bilik saya.

"Saya agak takut. Saya tak percaya saya memberanikan diri untuk tengok," katanya.

Dia kemudian menunjukkan satu ruang dalam yang tersembunyi.

"Agak menyeramkan, tapi ini mungkin boleh jadi bilik kecil yang baru," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain