suria

Dera 2 kanak-kanak sehingga kebuluran, pasangan kekasih berdepan penjara 194 tahun

Priscilla Meachem (kanak) dan Elijah Waltz (kiri) ditahan selepas mendera mangsa selama empat bulan.

SEORANG lelaki dan perempuan dihadapakan ke mahkamah atas tuduhan mendera dua kanak-kanak.

Pasangan kekasih itu, Priscilla Meachem, 31,dan Elijah Waltz, 38, ditahan selepas mendera mangsa selama empat bulan.

Selain dipukul, dua mangsa yang berusia 10 dan 11 tahun turut dibiarkan tanpa makanan sehingga kebuluran.

Lebih pilu, dua pelaku sering makan di hadapan dua mangsa tanpa menghiraukan mereka yang kelaparan.

Menerusi kejadian di Ohio, Amerika Syarikat itu, dua mangsa turut dibotakkan kepala mereka.

Kini, dua pelaku sedang dibicarakan, jika bersalah mereka akan dipenjara selama 194 tahun atas beberapa pertuduhan yang dikenakan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain