suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tipu sakit kanser, wanita sanggup botakkan kepala... perdaya rakan untuk taja majlis kahwin

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan penipuan itu lebih nyata.

LAIN manusia lain ragamnya.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia menderita sakit kanser terminal.

Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan penipuan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya memperdaya rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.

Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.

Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu penipuannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.

Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.

Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain