suria

Tak pakai mask bersama wanita berbikini, ‘doktor paling seksi’ dikecam hipokrit

Dr Mike (bulatan putih) tidak menjaga penjarakkan sosial dan tanpa pelitup muka bersama sekumpulan tetamu di atas bot. -foto Instagram

SEORANG doktor yang diberi jolokan 'doktor paling seksi' dikecam dan dilabel sebagai hipokrit, selepas dilihat tidak memakai pelitup muka ketika berparti bersama sekumpulan wanita berbikini.

Mikhail Varshavski yang dilebih dikenali sebagai Dr Mike sebelum ini menggesa orang ramai memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19.

Dia bagaimanapun gagal menjaga penjarakkan sosial apabila bermesra dengan sekumpulan wanita cantik.

Ketika kejadian, dia menyambut ulang tahunnya ke-31 di atas bot.

Dr Mike yang digelar sebagai 'doktor paling seksi' oleh majalah People pada 2015, dirakamkan dikelilingi lebih 12 tetamu di Sunset Harbour di Miami di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Mirror, terdapat rakaman yang menunjukkan dia tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika mengurut leher seorang wanita tidak memakai pelitup muka.

Julai lalu, Dr Mike memberitahu Fox Business bahawa pemakaian pelitup muka mengurangkan penularan virus dan ia merupakan keutamaan demi kesihatan dan ekonomi rakyat.

Dr Mike mempunyai lebih 10 juta pengikut di Instagram, Facebook dan saluran YouTube sendiri, dan ramai tidak bersetuju dengan tindakannya itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain