suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syiling dikeluarkan dari hidung lelaki, 53 tahun selepas disumbat semasa kanak-kanak

Syiling yang dikeluarkan dari hidung seorang lelaki selepas 53 tahun. -foto City Clinical Hospital named after M. Konchalovsky

SEKEPING syiling dikeluarkan dari hidung seorang lelaki berusia 59 tahun selepas lebih setengah abad, gara-gara takut memberitahu ibunya mengenain

Ketika kejadian, lelaki warga Rusia itu berusia enam tahun apabila memasukkan sekeping syiling ke dalam lubang hidung kanannya.

Dia kemudian tidak mahu memberitahu ibunya sehingga terlupa.

Ini kerana katanya, dia takut untuk menceritakan kepada ibunya mengenai perkara sebenar.

Namun, lelaki berkenaan mengadu hidung kanannya tersumbat baru-baru ini sehingga menyukarkan pernafasan.

Dia kemudian menjalani pemeriksaan menerusi imbasan di hospital.

Pemeriksaan mendapati terdapat satu objek di saluran hidungnya.

Pakar perubatan melakukan pembedahan dan mengeluarkan batu yang mengandungi syiling dari hidungnya selepas 53 tahun. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

syiling, hidung tersumbat, pembedahan,

Artikel Lain