suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan Wuhan, saintis China dakwa virus Covid-19 bermula di India

Penerbitan itu turut mendapat kritikan penyelidik lain yang mana ia dikatakan menggunakan prinsip kajian yang salah.

SEPASUKAN saintis di China menerbitkan satu laporan mendakwa Covid-19 tidak bermula di Wuhan.

Terkini, penyelidikan terbaharu yang diketuai Dr Shen Libing dari Insitut Sains dan Biologi Shanghai tampil dengan teori bahawa ia bermula di India.

Penerbitan itu turut dimuat naik ke platform khusus untuk jurnal perubatan iaitu The Lancet pada 17 November lalu.

Ia membincangkan maklumat mengenai virus itu yang disalurkan oleh 17 negara berbeza dan ia membawa kepada asal usulnya yang didakwa berpunca sama ada di India ataupun Bangladesh.

"Tak mungkin Wuhan jadi tempat pertama jangkitan Sars-Cov-2 antara manusia dengan manusia," kata Dr Shen.

Bagaimanapun, penemuan itu turut mendapat kritikan penyelidik lain yang mana ia dikatakan menggunakan prinsip kajian yang salah.

Antara yang menentang termasuklah David Robertson dari Universiti Glasgow. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain