suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar bintang TikTok temui bilik rahsia di sebalik almari di rumah

Tangkapan skrin video TikTok yang menunjukkan penemuan bilik rahsia. -foto The Sun

SEORANG wanita dari Manchester, United Kingdom dikejutkan dengan penemuan sebuah bilik rahsia di sebalik almarinya.

Penemuan yang tidak disangka-sangka itu berlaku ketika melakukan kerja-kerja DIY (buat sendiri).

Bintang aplikasi TikTok, Abriana Cristel menemui sebuah bilik kosong selepas mengubah almarinya untuk diubahsuai menjadi lebih besar.

Cristel memuat naik video penemuan itu menerusi akaun TikToknya.

Dia menjelaskan bahawa ibu kepada teman lelakinya menginap di rumah mereka, dan memutuskan untuk memerlukan ruang yang lebih besar.

Menerusi video TikTok juga, Cristel memberitahu dia dan keluarganya tinggal di rumah itu sejak tiga tahun lalu.

Video TikToknya menerima lebih 550,000 tontonan.

Walaupun ramai yang menyifatkan penemuan itu menyeramkan, malah ada yang berpendapat ia sebagai sesuatu yang bernilai tersembunyi di rumah sendiri. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain